Home Naib Presiden 1

Pesta Arak “Taawun” Untuk Buat Dosa

3,199 views
SHARE

Islam mengajar umatnya Taawun Bil Birri (tolong pada perkara baik) dan Wala Taawanu Alal Ismi wal udwan ( jangan tolong pada perkara maksiat). Dalam isu pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadual pada 6 oktober 2017, hanya parti PAS yang lantang menentang program ini. Samaada di pihak BN atau Pakatan Harapan hanya membisu takut hilang undi di dalam pilihanraya. Nampaknya mereka boleh bertawun dalam program ini .

Islam tidak larang orang bukan Islam hendak minum arak, itu hak agamanya. Oleh itu 27 tahun PAS memerintah di Kelantan, hak orang bukan Islam hendak minum arak tidak disekat. Tetapi apabila hendak menganjurkan pesta arak ini tindakan yang melampau dan tidak pandai menjaga sensitiviti orang Islam yang merupakan majoriti penduduk di negara ini.

Orang yang kemaruk undi takut hendak menentang, nanti kaki arak tidak sokong di dalam pilihanraya. Mungkin pada mereka tidak mengapa pesta arak isu kecil, agenda kita ialah menukar kerajaan BN. Pesta arak tidak mengapa tidak menjejaskan indeks rasuah. Pesta arak tidak mengapa ia tidak menjejaskan turun nilai mata wang. Mungkin lepas ini ada ustaz-ustaz maqasid akan memberi hujah, pesta arak mudharat kecil saja.

Prisip perjuangan PAS jelas yang baik disokong walau pun siapa yang bawa. Perkara batil untuk pindaan fasal 88A dalam Akta 164, PAS bangun menentang. Walau pun ia dibawa oleh kerajaan BN. Mereka yang kemaruk undi, bertaawun untuk berusaha pinda fasal 88A dalam Akta 164. Prinsip PAS jelas, biarlah seluruh manusia cerca asalkan Allah SWT tidak murka. Manusia marah hanya di dunia, murka Allah kekal hingga ke akhirat.

Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
17/9/17