Home Kenyataan Media PAS Selangor

PAS Tidak Redho Islam Mengikut Acuan Kekufuran

217 views
SHARE

PAS TIDAK REDHO ISLAM MENGIKUT ACUAN KEKUFURAN

Firman Allah swt dalam Surah Al Kafirun ayat 1-6,

” Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku. ”

1. Berkata Ibnu Ishaq bahawa sebab diturunkan surah ini mengisahkan pembesar Quraisy Mekah yang diwakili Al-Walid bin Al-Mughirah, Al-Ash bin Wail, Al-Aswad bin Al-Muthalib dan Umaiyah bin Khalaf bertemu Baginda saw dengan mengusulkan tawaran perdamaian iaitu mereka bersedia dan akan mengikut ajaran agama Islam setahun dan Nabi saw pula ikut ajaran agama mereka setahun secara bergilir-gilir. Maka Allah swt pun menurunkan ayat berkenaan.

2. Kisah ayat surah Al Kafiruun ini mengingatkan tentang terdapat seorang pemimpin DAP dalam satu kenyataan menyebut bahawa mereka bersedia menyokong Islamisasi hanya berasaskan perlembagaan. Mereka mahukan Islam yang bersedia bertolak ansur dengan apa yang cara yang mereka kehendaki.

3. Kenyataan beliau menyebut bahawa kononnya Islam yang dibawa oleh PAS telah berubah pada era sekarang berbanding dulu.

4. Ini sebenarnya menggambarkan bahawa dia adalah orang yang langsung tidak memahami Islam tetapi ingin juga mengajar tentang Islam kepada orang Islam.

5. Dia membuat beranggapan bahawa Islam pada tahun 80an dianggap lebih toleransi berbanding sekarang adalah satu andaian hanya berasaskan perubahan pemimpin PAS.

6. Sebenarnya perjuangan PAS dan Islam yang diperjuangkan PAS adalah sama sejak dahulu iaitu memartabatkan Islam yang syumul di setiap lapangan. Sekalipun bersilih ganti pimpinan PAS, perjuangan dan halatuju PAS kekal sama iaitu menegakkan kesyumulan Islam. Tidak cukup Islam sekadar urusan peribadatan, ritual mahupun kerohanian sahaja.

7. Sekiranya dia menerima Islam yang termaktub dalam perlembagaan, tetapi pada masa yang sama menginginkan Islam yang sempit dengan menurut cara dan selera dirinya, maka dia sebenarnya tidak memahami Islam.

8. Surah al Kafiruun yang diturunkan ialah untuk mempertahan dan mempertegaskan prinsip Islam iaitu mentauhidkan (menyembah) Allah swt dan juga cara mentauhidkan Allah swt (cara beribadat dan melaksanakan perintahNya).

9. Ini bermakna sebagai seorang Muslim,  kita bukan hanya mengaku dan menerima Islam tetapi juga mesti melaksanakan Islam dengan cara yang betul. Bukannya Islam yang diatur atau difahami atau ditentukan oleh golongan al Kafiruun dengan kehendak acuan mereka.

10. Sekiranya Islam sekadar membaca doa dalam majlis rasmi, solat 5 waktu dan Jumaat, sambutan hari raya, umrah, haji dan ibadat di masjid sahaja, Islam sebegitu yang mereka mahukan. Dalam masa yang sama, mereka menolak dan menentang usaha PAS mendaulatkan Islam sebagai agama dan cara hidup masyarakat dan negara, maka PAS tidak akan redho Islam sebegitu.

11. PAS akan terus berjuang dan berada dalam lapangan dakwah dan politik selama Islam belum didaulatkan sebagai cara hidup bermasyarakat dan bernegara.

“Sejahtera Bersama Islam”

Ustaz Muhammad Najhan Halim 
Setiausaha
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
18 September 2017 / 27 Z. Hijjah 1438H