Home Berita PAS Wilayah

Peserta Titiwangsa qurban 10 ekor lembu

32
SHARE
Oleh DHIA NADI
KAMPUNG PANDAN, 11 Julai : Selesai 10 ekor disembelih di kandang lembu Bangi selepas para petugas solat raya di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, semalam.
Selepas sembelihan dijalankan di kandang lembu yang terletak berdekatan dengan masjid itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Titiwangsa, para petugas dan sebahagian peserta qurban bertungkus-lumus melapah daging qurban pula di Markas Darul Ummah.
Aktiviti lebih meriah dengan kehadiran para peserta yang turut bersama-sama bergotong-royong memasak sup tulang dan daging masak kicap. Aqiqah juga turut dijalankan di sini.
Pembahagian daging qurban diberikan kepada para peserta, asnaf, fakir miskin dan muallaf di kawasan Titiwangsa.
Aktiviti qurban selesai dengan jayanya dengan kerjasama daripada semua pihak. Melalui aktiviti qurban ini diharapkan ia menjadi penghubung hati dan mengeratkan ukhuwah antara semua umat Islam.