Home Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP)

Pesanan Perjuangan: PAS Perlu Bersiap Dengan Islam Untuk Menghadapi Perubahan

2078
SHARE

PESANAN PERJUANGAN
PAS PERLU BERSIAP DENGAN ISLAM UNTUK MENGHADAPI PERUBAHAN…
– Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan


“Pada masa hadapan, Malaya mungkin tidak lagi dikenali sebagai Negara Islam kerana tekanan demi tekanan yang dikenakan ke atas kita dan juga kerana perubahan di dalam kerajaan yang pastinya akan berlaku. Rakyat Raja-raja Melayu sekarang ini terdiri daripada bukan sekadar orang Melayu tetapi terdiri dari pelbagai bangsa yang menganut pelbagai agama dan mendapat hak yang sama dengan orang Melayu…

“PAS perlu bersedia lebih awal dengan bentuk dan corak Islam agar ia mampu mendepani, seiring dengan parti-parti politik yang lain di dalam negara ini, perubahan… antaranya perkara-perkara berkaitan kerajaan peralihan kuasa bagi mendapatkan kemerdekaan untuk Malaya…”

Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan
Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung PAS, dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama, 3 Januari 1953

Dicatat oleh
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
9 Safar 1440 / 18 Oktober 2018