Home Artikel PAS Perak

Rumah Anak Yatim Perlu RM500,000

90 views
SHARE

Changkat Jering : Rumah Anak Yatim Siti Khadijah , Batu 8 ,Changkat Jering , di sini memerlukan dana kira-kira RM500,000 bagi menampung perbelanjaan pembinaan beberapa bangunan bagi melengkapkan rumah anak yatim berkenaan.

Penaung rumah anak yatim berkenaan, Haji Nizam Abdullah berkata, asrama yang beroperasi setahun yang lalu mempunyai penghuni berusia antara 7 hingga 15 tahun.

“Bangunan asrama serta beberapa kemudahan lain sudah ada namun masih tidak lengkap.

“Jadi kami masih memerlukan dana bagi melengkapkan lagi asrama anak yatim ini termasuk pembinaan bangunan asrama 2 tingkat , 2 unit rumah warden dan rumah tetamu ,” katanya ketika ditemui semasa majlis kesyukuran rumah anak yatim berkenaan di Restoran Hadramawt , Kamunting , baru-baru ini.

Hj Nizam berkata, pihaknya mengalu-alukan sumbangan bagi membantu melengkapkan kemudahan di rumah anak yatim berkenaan.

“Jika segala kelengkapan termasuk asrama siap, kita akan mengambil pula beberapa penghuni lain untuk diletakkan di sini supaya mereka juga boleh dibantu.

Untuk segala sumbangan boleh masukkan ke Akaun Maybank Islamik bernombor 558051335359 atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN KANAK2 YATIM ISLAM SIMPANG.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Haji Nizam : 012 5072399
Haji Shamsudin : 019 512 5585
Encik Hakim : 013 520 6701

Kami harap orang ramai boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan untuk menambah baik asrama ini,” katanya.

Sumber: FB Rumah Anak Yatim Siti Khadijah