Home Berita PAS Kedah

Pesakit strok dapat perhatian dari ADUN Kuala Ketil

173
SHARE

 

 

Oleh: SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA KETIL – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil Mejar YB.Mejar Mansor Zakaria mengambil kesempatan menziarahi pesakit strok Haris Jaafar 63,yang lebih mesra dengan panggilan Pak Su Aris.

Beliau tinggal di Kampung Kuala Samak, Kuala Ketil dan beliau adalah seorang anggota keselamatan di JPRD Kuala Ketil dan kawasan Baling.

Menurut ahli keluarganya, telah empat bulan beliau mengidap strok,sejak dari bulan Oktober 2022 yang lalu sampai sekarang.

Ketika mula-mula di serang strok keadaannya seolah koma dan tidak sedarkan diri, segala pengurusan dirinya di lakukan sepenuhnya oleh ahli keluarga Pak Su Aris.

Keadaan Pak Su Aris masih lagi terlantar dan perlukan bantuan pergerakkannya untuk makan dan minum.

“Alhamdulillah sekarang ni dah boleh pandang sekeliling dan boleh respon bila ditanya” ujar YB.Mejar

YB turut membantu menguruskan jalan masuk ke rumah Pak Su Aris yang agak teruk dan licin apabila hujan lebih kurang 100 meter jaraknya.

Beliau arahkan agar backhoe masuk dan lakukan kerja bagi melebarkan jalan dan buang top soil yang mana punca utama masalah bila hujan.

“Dan nanti ada batu kita letak batu pula”, ujar YB lagi.

Turut sama hadir ialah Ajk PKWR Dun Kuala Ketil saudara Abd.Latif.