PERUTUSAN TAKZIAH
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
11 September 2017 | 20 Zulhijjah 1438
بسم الله الرحمن الرحيم
إنا لله وإنا إليه راجعون.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأدخله الجنة يا رب العالمين.
Mewakili anak-anak muda PAS di seluruh negara kami dengan ini merafak sembah takziah buat seluruh Kerabat Diraja dan rakyat negeri Kedah Darul Aman di atas kemangkatan KDYMM Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.
Sesungguhnya, kami merasa dukacita yang amat mendalam atas kemangkatan Baginda yang menjadi kehilangan besar buat negara amnya serta negeri Kedah khususnya.
Almarhum KDYMM Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj akan terus dikenang sebagai pemerintah yang masyhur hubungan Baginda dan sangat dekat dihati rakyat jelata.
Baginda pernah menaungi rakyat Malaysia sebanyak dua kali selaku Yang Di-Pertuan Agong meninggikan jasa Baginda dalam mencurah bakti memayungi kedaulatan negara ini dan kesucian agama Islam.
Kami bersaksi akan segala kebaikan Baginda dan mewakili anak muda PAS Malaysia, kami berdoa semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan maghfirah ke atas roh Almarhum Tuanku.
Serta dipanjatkan ke hadrat Allah agar dikurniakan Baginda kesejahteraan bersama golongan diredhai dan ditempatkan di syurga-Nya yang kekal abadi.
Al-Fatihah.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia