Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Perutusan Salam Aidilfitri DMPM: Syukuri Nikmat, Rasai Rahmat.

1074
SHARE

Perutusan Salam Aidilfitri DMPM:  Syukuri Nikmat, Rasai Rahmat.

اللهُأَكْبَرُ

اللهُأَكْبَرُ

اللهُأَكْبَرُ

لاَإِلهَإِلاَّاللهُوَاللهُأَكْبَرُ

اللهُأَكْبَرُوَللهِالْحَمْدُ

Bersempena dengan ketibaan 1 Syawal 1440 Hijrah, dengan penuh kesyukuran saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  kepada seluruh umat Islam yang dikasihi khususnya yang berada di Malaysia dan amnya rakyat Malaysia di perantauan.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafa’kan kepada Allah SWT kerana memberikan peluang dan kesempatan untuk sama-sama kita menyambut hari kemenangan bagi umat Islam yang disambut dengan penuh rasa  keimanan, ketakwaan dan kesyukuran yang hakiki.

Perjalanan sepanjang pengajian di Madrasah Ramadan selama sebulan dengan penuh  kesabaran dan kehambaan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT telah sampai kepada kemuncaknya. Detik Syawal yang mulia bakal disambut meraikan kemenangan kerana kembali kepada fitrah.

وَلِتُكْمِلُواالْعِدَّةَوَلِتُكَبِّرُوااللَّهَعَلَىمَاهَدَاكُمْوَلَعَلَّكُمْتَشْكُرُونَ.

” .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur (Surah Al-Baqarah:185).

Impak menjalani puasa Ramadan seharusnya menghasilkan jiwa dan hati yang sejahtera dan cintakan perdamaian. Justeru, marilah bersama meraikan hari lebaran dengan penuh kesyukuran dan terus melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT dalam setiap urusan. Bersama membina kehidupan harmoni dan “Baldatun Taiyyibatun wa Rabbun Ghafur” بلدةطيبةوربغفور)) sebuah negeri yang indah yang bagus yang baik dan Allah SWT Maha Pengampun kepada para penduduk negeri ini, insyaallah ameen.

Selamat menyambut Syawal dengan penuh makna, eratkan silaturrahim, mohonlah ampun maaf bersama. Leraikan sengketa dan warnai Syawal mengikut acuan Islam. Tidak dilupakan buat anak-anak yatim piatu, golongan OKU sama ada yang tua ataupun muda. Raikan bersama ukirkan senyuman buat mereka.

Akhir kata, mohon maaf zahir batin dan salam aidilfitri. Syukuri nikmat, rasai rahmat, redha ilahi yang menanti insyaallah.

‘Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin’

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh

Ketua

Dewan Muslimat PAS Malaysia

30 Ramadan 1440H

4 Jun 2019