Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur al Quran Surah al Waqiah Siri 30

158 views
SHARE

๐Ÿ““๐Ÿ““ Tadabbur Al Quran ๐Ÿ““๐Ÿ““
Surah Al-Waqi’ah: Siri 30

Ayat: 95-96 : Penutup Ayat Surah Al-Waqi’ah

๐Ÿ–‹ Firman Allah serta terjemahannya:

ุฅูู†ูŽู‘ ู‡ูŽุฐูŽุง ู„ูŽู‡ููˆูŽ ุญูŽู‚ูู‘ ุงู„ู’ูŠูŽู‚ููŠู†ู – ูฉูฅ

_Sesungguhnya (yang disebutkan ini) adalah suatu keyakinan yang benar._

ููŽุณูŽุจูู‘ุญู’ ุจูุงุณู’ู…ู ุฑูŽุจูู‘ูƒูŽ ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ู – ูฉูฆ

_Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar._

๐Ÿ“– Tafsir ringkas:

1. Dua ayat terakhir di dalam surah ini merupakan penutup surah yang menegaskan bahawa segala apa yang diterangkan di dalam surah ini adalah benar dan murni, pasti dan tepat, tanpa ada sedikit pun keraguan dan tiada sesiapa pun yang dapat menyangkalnya.

2. Ia adalah berkenaan pengukuhan keyakinan tentang hari kebangkitan kelak, nikmat-nikmat yang akan diterima oleh golongan muqarrabin dan golongan kanan serta seksaan yang akan menimpa ke atas golongan kiri yang mendustakan kebenaran, dan tentang kekuasaan Allah SWT.

3. Allah menggunakan kalimah tawkid ุชูˆูƒูŠุฏ (penekanan) ุฅู†ู‘ dan huruf ู„ yang menegaskan tentang kebenaran pada hari kiamat nanti yang pasti akan berlaku, sekaligus menolak pendustaan golongan kiri yang berdusta lagi sesat.

4. Seterusnya Allah SWT memerintah agar bertasbih mensucikanNya daripada setiap perkara yang tidak layak bagi keagunganNya dengan menyebut namanya yang Agung.
Di dalam hadis Nabi ada disebut tentang perkara ini yang dibaca di dalam solat ketika rukuk dan sujud, menggambarkan ketundukan hati serta penyerahan jiwa orang mukmin kepada ุงู„ู‡ (tuhan) yang satu, mengagungkan kekuasaan dan keesaan Allah serta rasa takut yang mengharap akan keredhaanNya.

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุญู’ู…ูŽุฏู: ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ูŽุง ุฃูŽุจููˆ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ูุŒ ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ูŽุง ู…ููˆุณูŽู‰ ุจู’ู†ู ุฃูŽูŠูู‘ูˆุจูŽ ุงู„ู’ุบูŽุงููู‚ููŠูู‘ุŒ ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ููŠ ุนู…ูู‘ูŠ ุฅููŠูŽุงุณู ุจู’ู†ู ุนูŽุงู…ูุฑูุŒ ุนูŽู†ู’ ุนูู‚ู’ุจูŽุฉูŽ ุจู’ู†ู ุนูŽุงู…ูุฑู ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽู†ููŠูู‘ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู„ูŽู…ูŽู‘ุง ู†ูŽุฒูŽู„ูŽุชู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ: {ููŽุณูŽุจูู‘ุญู’ ุจูุงุณู’ู…ู ุฑูŽุจูู‘ูƒูŽ ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ู} ู‚ูŽุงู„ูŽ: “ุงุฌู’ุนูŽู„ููˆู‡ูŽุง ูููŠ ุฑููƒููˆุนููƒูู…ู’” ูˆูŽู„ูŽู…ูŽู‘ุง ู†ูŽุฒูŽู„ูŽุชู’: {ุณูŽุจูู‘ุญู’ ุงุณู’ู…ูŽ ุฑูŽุจูู‘ูƒูŽ ุงู„ุฃุนู’ู„ูŽู‰} [ุงู„ู’ุฃูŽุนู’ู„ูŽู‰:1] ุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ: “ุงุฌู’ุนูŽู„ููˆู‡ูŽุง ูููŠ ุณูุฌููˆุฏููƒูู…ู’”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Abdur Rahman, telah menceritakan kepada kami Musa ibnu Ayyub Al-Gafiqi, telah menceritakan kepadaku Iyas ibnu Amir, dari Uqbah ibnu Amir Al-Juhani yang mengatakan bahwa ketika diturunkan kepada Rasulullah SAW ayat ini, iaitu firman-Nya: Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar. (Al-Waqi’ah: 96) Maka baginda bersabda: Jadikanlah bacaan tasbih ini dalam rukuk kalian. Dan ketika turun kepada baginda SAW, firman-Nya: Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi. (Al-A’la: 1) Maka baginda bersabda: “Jadikanlah bacaan ini dalam sujud kalian”.

๐ŸŽ€ Pengajaran

1. Sesungguhnya Al-Quran itu benar, nabi dan ajarannya benar, Qiamat itu benar. Maka yakinlah bahawa beriman kepada apa yang ada di dalam Al-Quran benar-benar mengarahkan perilaku manusia kepada jalan yang benar. Tidak ada satu undang-undang pun yang dibuat manusia, mampu menjadikan perilaku manusia lurus dan istiqamah sebagaimana yang dihasilkan oleh iman kepada Al-Quran dan Hari Qiamat.

2. Dengan sekeping iman di dada dan sebuah Al-Quran yang Allah kurniakan kepada kita, maka jagalah nikmat ini sebaik-baiknya dengan :

i. Sentiasa bersikap hati-hati sehingga mendorong kita untuk selalu taat kepada petunjuk agama dan sedar akan batas kesenangan hidup di dunia.

ii. Terus memperbaiki kualiti kebaikan, samada berbakti kepada Allah, kepada orang tua, dan sesama manusia lain.Tidak iri terhadap kenikmatan yang didapat oleh orang lain.

iii. Sentiasa menyedari bahawa kehidupan akhirat setelah kematian merupakan tujuan manusia hidup di dunia ini. Oleh yang demikian ia mengingatkan kita bahawa kehidupan dunia adalah ladang kehidupan akhirat, jambatan untuk menuju ke alam akhirat, sehingga menghindarkan kita daripada sifat mazmumah, rakus, kikir, dan tamak.

iv. Berusaha meningkatkan ketaqwaan dan giat menambah perbuatan baik (amal soleh) dan meninggalkan larangan Allah. Selalu berusaha membuat dan menyebarkan kebenaran.

3. Keimanan kita pada Al-Quran dan hari kebangkitan sepatutnya membezakan cara hidup kita dengan orang kafir. Jauhilah daripada meniru pola hidup orang kafir. Pastikan:

i. Bahawa satu-satunyaย tujuanย hidup kita adalah untukย mencapai MARDATILLAHย bagiย membolehkan kita layakย menerima balasanย baikย diย Hariย Akhirat.

ii. Amalkan cara hidup Islam yang dicontohkan oleh nabi SAW; bukan cara hidup kafir yang memperkenalkan cara hidup bebas, hedonisme, pergaulan lucah sehingga anak-anak muda Islam berfoya-foya dan lupa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

vi. Jadilah seorang Muslim yang sebenar, bukannya sekadar mewarisi Islam. Menganggap diri sebagai Islam tetapi tidak berkelakuan seperti seorang Muslim.

vii. Berjihad di jalan Allah.

4. Perbanyakkan bertasbih memuji dan mengingati Allah kerana ia menghilangkan rasa cemas, ragu-ragu dan tidak percaya diri. Mengingati Allah dan menyebut nama-namaNya dapat melindungi hati dari kesesatan. Mengingati Allah merupakan ubat yang mujarab, makanan yang diberkati, ubat yang bermanfaat dan makanan yang baik.

๐Ÿ“š Rujukan:
Tafsir Ibnu Katsir

Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak.
4 Jun 2019 / 30 Ramadhan 1440