Home Kenyataan Media Presiden PAS

Perutusan Presiden PAS Sempena Sambutan Hari Polis Ke-211

1952
SHARE

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA SAMBUTAN HARI POLIS KE-211

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan Selamat Hari Polis ke-211 kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kami merakamkan ucapan terima kasih atas jasa dan usaha pihak polis menjaga keamanan dan keselamatan negara daripada segala ancaman sama ada dalam negara atau luar negara.

Sesungguhnya menjaga keamanan dan kedamaian adalah satu keutamaan dalam pemerintahan Islam yang mendahulukan pendamaian.

Saya mendoakan seluruh anggota polis diberi kekuatan, kesabaran dan ketahanan sepanjang menjalankan tugas demi memastikan negara yang tercinta ini aman dan sejahtera.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 8 Rejab 1439 / 25 Mac 2018