Home Artikel PAS Selangor

Pengukuhan Kefahaman WINS Di Peringkat DHPP

197 views
SHARE

BANGI, 22 Mac — Sebagai persediaan menghadapi PRU14 yang semakin hampir, 1 slot penerangan khusus kepada ahli DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) Serdang di Pejabat ADUN Bangi, Seksyen 7 malam tadi oleh Khairul Nazir, Ketua Akademi Kepimpinan Pemuda.

Topik yang berkisarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 itu telah ketengahkan peri pentingnya WINS2051 sebagai panduan mentadbir negara mengikut 3 fasa penting.

Dalam perbincangan yang tamat sebelum jam 11.00 malam itu, penceramah telah membandingkan Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir, TN50 yang diwar-warkan oleh Dato’ Seri Najib dan juga WINS2051 yang telah dicetuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS. WINS 2051 dilancarkan pada himpunan Fastaqim 2.0 pada 2016.

Ia 1 pelan induk yang merupakan hasil daripada buah fikir bersama; sekumpulan teknokrat dan juga ulama’, terhadap masa depan negara dan keperluan yang perlu diisi.

Antara yang menjadi fokus utama, WINS2051 adalah agenda untuk memacu negara ke arah sebuah negara yang berkebajikan, ditadbir berasaskan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) serta mampu memulihkan keadaan negara yang cukup tenat hari ini ke arah negara yang jauh lebih baik mengikut corak Islam. Sekaligus memberi contoh keunikan Negeri Kelantan yang telah ditadbir oleh PAS sejak 27 tahun lalu.

Program yang dianjurkan bersama oleh Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Serdang dan Ameerah Serdang itu diisi juga dengan sesi interaktif soal-jawab antara penceramah dan juga peserta. Di akhir perbincangan, penceramah yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda PAS Serdang menyatakan harapan kepada seramai 9 ahli DHPP yang hadir, agar bersedia menjadi agen penerangan kepada PAS umumnya dan WINS khususnya kepada orang sekeliling mereka.