Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Hari Polis yang ke-211: Jasamu Dihargai

1265
SHARE

Selamat Hari Polis yang ke-211

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Anfal ayat 27: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan jangan lah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui salahnya”.

Islam sangat menitikberatkan kualiti dan keberhasilan sesuatu kerja yang dilakukan.
Maka sifat amanah perlu diterapkan dan dipraktikkan oleh individu yang bekerja bagi memastikan setiap pekerjaan yang dilakukan menepati kualiti yang diharapkan dan pada masa yang sama ianya mengikut acuan Syariah.

Muslimat PAS mengucapkan Selamat Hari Polis yang ke 211 kepada seluruh anggota Polis di seluruh Malaysia khususnya dan di mana jua sedang bertugas. Sekalung penghargaan buat semua anggota keselamatan di atas segala jasa dan sumbangan kepada keselamatan negara walaupun terpaksa mengharungi saat genting dan maut pada bila-bila masa.

Kami sangat menghargai segala khidmat dan pengorbanan yang diberi kepada masyarakat dan negara demi menjaga keselamatan negara. Kami mendoakan semua anggota Polis sentiasa dikurniakan keselamatan dan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan tugas dan berkhidmatlah dengan penuh dedikasi dan amanah.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang kamu bekerja dengan tekun” (Riwayat Abi Daud).

Akhir kalam, Selamat Hari Polis, “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Terima kasih Polis!

‘Sejahtera Bersama Islam’

“Muslimat Memacu Kemenangan”

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia

7 Rejab 1439 H
25 Mac 2018