Home Kenyataan Media PAS Selangor

Perutusan Memperingati Israk & Mikraj 1441H PAS Selangor

310
SHARE

PERUTUSAN MEMPERINGATI ISRAK & MIKRAJ 1441H

BADAN PERHUBUNGAN PAS SELANGOR

Peristiwa Agung Israk dan Mikraj yang berlaku kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW sebagai satu isyarat bahawa segalanya dibawah takluk dan kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Suatu yang mustahil bagi manusia sudah pasti bukan suatu yang mustahil bagi Allah. Bahkan Allah SWT penentu segalanya.

Kebenaran yang dibawa oleh Baginda Nabi SAW menjadi sunnatullah akan ada yang menentang. Bukan suatu kepelikan kebenaran Islam yang diteruskan oleh mata rantai perjuangan Nabi ini, pastinya akan berdepan dengan penolakan dan penentangan. Tetapkan dan thabat lah dalam bahtera perjuangan Islam, semoga Allah SWT menganugerahkan hidayah dan rahmat-Nya pada semua.

27 Rejab 1441H | 22 Mac 2020