Home Kenyataan Media PAS Kedah

Bantuan Keperluan Asas melalui Pusat Khidmat Dun dan Exco Angkat di Negeri Kedah : Adun-Adun Pembangkang Dinafikan Hak

1062
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
22 Mac 2020 | Ahad.

BANTUAN KEPERLUAN ASAS MELALUI PUSAT KHIDMAT DUN DAN EXCO ANGKAT DI NEGERI KEDAH: ADUN-ADUN PEMBANGKANG DINAFIKAN HAK

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyambut baik pengumuman inisiatif Kerajaan Negeri Kedah dalam mendepani kesan pendemik COVID-19 dengan penuh harapan, namun berasa kesal dengan dinafikan hak pemberian melalui ADUN-ADUN Pembangkang sebaliknya disalurkan kepada Exco angkat atau Penyelaras DUN.

Kami difahamkan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pembangkang telah dihubungi oleh orang ramai disebabkan salah faham berkenaan pengumuman oleh Menteri Besar Kedah berkaitan dengan peruntukan kepada ADUN-ADUN.

Pihak DPPNK ingin menjelaskan dan memaklumkan bahawa pengedaran bantuan keperluan asas ini hanya diberikan kepada Pusat Khidmat DUN melalui Exco Angkat sebanyak RM100,000.00 setiap DUN.

Pihak DPPNK amat kecewa dengan tindakan Menteri Besar yang mengenepikan ADUN daripada PAS dan UMNO yang juga dipilih oleh rakyat, dan kami merasakan Pihak Kerajaan masih tidak matang kerana masih bermain politik dalam pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika ramai yang terjejas dengan Kawalan Pergerakan COVID-19 ini.

Sehubungan dengan itu, kepada pihak yang terkeliru boleh secara terus menerus menghubungi Pusat Khidmat DUN atau Exco Angkat masing-masing 7 hari 24 jam untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagi mendapat keperluan segera ini.

Yang Benar,

Abdul Hadi Bin Omar
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah /
Pengarah
Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam