Home Kenyataan Media PAS Terengganu

Perutusan Maal Hijrah Pesuruhjaya PAS Terengganu

236
SHARE

π—£π—˜π—₯𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗑 π— π—”π—”π—Ÿ π—›π—œπ—π—₯𝗔𝗛 𝟭𝟰𝟰𝟯 π—£π—˜π—¦π—¨π—₯𝗨𝗛𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗣𝗔𝗦 π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨

π™‹π™–π™£π™Ÿπ™ž 𝙍𝙖𝙨π™ͺπ™‘π˜Όπ™‘π™‘π™–π™ π™‹π™–π™£π™Ÿπ™ž 𝙄𝙨𝙑𝙖𝙒

Umum mengetahui tahun baru Hijrah disambut bagi memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat yang berjuang, berkorban dan berhijrah, untuk lihat panji Islam berdiri tegak sejak 1400 tahun lalu sehingga ke hari ni. Sebelum wujudnya kalendar hijrah, peristiwa-peristiwa besarlah yang menjadi ukuran dan ingatan orang arab terdahulu seperti, peristiwa lahirnya Nabi Muhammad pada tahun gajah. Ini kerana masyarakat arab tidak mempunyai kiraan tahun mereka sendiri seperti bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun hijrah.

β€œSesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati…” [at-Taubah 36]

Awal takwim Hijri itu tahun baginda berhijrah, bulan Muharam itu bulan umat Islam baru saja melaksanakan ibadat haji dan bulan haram. Rabiulawal pula barulah berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Hari ni kita menyambut Maal Hijrah dan menghitung bulan hijrah yang pasti berlalu tanpa kita sedar atau tidak. Tahukah kita kalendar hijrah ini merupakan satu khazanah dan bukti Islam mempunyai tamadun dan peradaban yang hebat satu masa dahulu.

Fahami sejarah dan maksud hijrah, kerana bermula tarikh ini dakwah Islam berkembang pesat sehingga berjaya menawan Parsi dan Baitulmaqddis. Setiap peristiwa ini telah direkod dan berjaya menjadi panduan, rujukan buat umat Islam selepas zaman Saidina Umar.

Abu Umamah meriwayatkan Nabi SAW bersabda: Berbahagialah orang yang melihatku dan beriman kepadaku dan berbahagialah tujuh kali bahagia orang yang tidak melihatku walhal ia beriman kepadaku. (HR Ahmad)

Bila tiba sahaja Maal Hijrah, kita pasti akan merenung jauh pada peristiwa-peristiwa yang telah direkod dan telah terjadi. Hari ni umat Islam diuji dengan perkara baru dalam semua aspek kehidupan sehinggakan ada yang cuba mencampuri urusan khusus umat Islam itu sendiri. Adakah peristiwa lepas itu sekadar dibaca sebagai syarat memyambut Maal Hijrah? atau ia sebagai seruan untuk bersatu di bawah Panji Rasulullah, Panji Islam.

Kita sebenarnya beruntung menjadi umat kepada penghulu dan penutup sekalian nabi dan Rasul iaitu Nabi Muhammad SAW. Kita saksi risalah perjuangan Rasulullah dan para sahabat itu benar, kita saksi al-Quran dan Habis Nabi itu benar, kita juga saksi Islam yang kita anuti ini benar dan kita bersaksi tiada tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah dan Rasulullah itu pesuruh Allah.

Jika kita orang yang benar dan ikhlas dengan Islam, maka sambutan Maal Hijrah ini amat bermakna buat kita. Moga takwim hijrah kita pada tahun ini akan dipenuhi dengan gerak kerja Islam, sepertimana yang diamalkan oleh para pemimpin, ulamak dan orang soleh terdahulu.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1443H

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN

10 Ogos 2021
01 Muharram 1443H

Yang benar,

YB Senator Dato’ Haji Husain Awang
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Negara