Home Berita PAS Melaka

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1441 Hijrah | PAS Kawasan Kota Melaka

747
SHARE

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Abu Hurairah Radiyallahu’anhu:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa berpuasa Ramadan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari)

Bersempena dengan ketibaan 1 Syawal 1441H PAS Kawasan Kota Melaka ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga penduduk Parlimen Kota Melaka yang dikasihi.

Takbir, tahmid, tasbih membesarkan Allah SWT bakal bergema di Aidilfitri. Tanda kesyukuran di atas kemenangan kita mendidik nafsu dan kejayaan meraih kelebihan Ramadan Al-Mubarak yang lalu.

Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa’kan kepada Allah swt yang telah memberikan peluang dan kesempatan untuk kita sama-sama dapat menyambut hari kemenangan bagi umat Islam.

Semoga Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan penuh perasaan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran yang hakiki selain mendapat keampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Diharapkan sepanjang madrasah Ramadan pada tahun ini telah kita penuhi dengan aktiviti penyucian hati dan jiwa serta mendapat keredhaan Allah swt.

Hiasilah Aidil Fitri ini dengan amalan-amalan mulia seperti bermaaf-maafan, ziarah-menziarahi (mengikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia – KKM) dan bersedekah serta menghapuskan segala pensengketaan dan permusuhan dengan membina hubungan persaudaraan tanpa sempadan.

Sesungguhnya hidup ini amat singkat dan penuhilah ia dengan amalan-amalan yang membawa kita ke negeri abadi dengan penuh ketenangan.

Akhir kata, kami sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin. Mohon agar semua dapat mendoakan kesejahteraan Negara kita agar sentiasa di bawah rahmat Allah serta dihapuskan wabak Covid 19.

كل عام و انتم بخير

Semoga beroleh kejayaan sepanjang tahun

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.
PAS KAWASAN KOTA MELAKA


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)