Home Artikel PAS Sarawak

Perutusan Hari Raya Aidiladha Daripada Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Samarahan

56 views
SHARE

Menghayati Makna Sebenar Ibadah Qurban Dengan Ketaatan Kepada Allah tanpa keraguan
Bismillahirrahmaani Ar-Rahim
Assalamualaikum w.r.t
Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.
Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi Aidiladha pd tahun ini. Seperti mana yg kita ketahui, 
Hari Raya Korban setiap tahun akan jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam.  
Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Antara ibadah penting yang kita jalankan pada hari raya Aidiladha 
adalah Ibadah korban. Ibadah ini dikerjakan adalah sebagai memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT. Maka ketika anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim telah bermimpi dimana dalam mimpinya Allah telah memerintahkannya untuk menyembelih anaknya bernama Ismail.
 Nabi Ibrahim berkata kepada anaknya : Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat dan menjunjung perintah ALLAH itu, Maka Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah S.W.T terhadapnya. Apabila Nabi Ibrahim dan anaknya sampai ke tempat yang dituju, Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, Nabi Ibrahim menutup matanya dengan dengan cara yang dirancangkan oleh anaknya.
Maka Nabi Ibrahim pun mengangkat pedang dengan kalimah Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya. Maka terpeciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Dengan tangan dan badan yang menggeletar Nabi Ibrahim membuka penutup matanya, namun alangkah terkejut apabila melihat yang disembelih itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. 
Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T kedua-duanya pun berpeluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan untuk melaksanakan amanat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Saudara saudari sekalian,
Apakah ibrah dan pengajaran penting yang kita dapat daripada kisah di atas adalah ketaatan kepada  Allah tanpa sebarang keraguan n kerisauan. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada hambanya yang melakukan ketaatan dan ikhlas dalam mengerjakan sesuatu perintah Allah kerana di sana terkandung hikmah dan balasan yang tidak terkira hebatnya utk hambaNya yang bertaqwa.
Selain itu, dapat kita simpulkan juga daripada peristiwa tersebut adalah adakalanya kita perlu berkorban sesuatu yang kita rasa sayang, selesa dan seronok demi memenuhi perintah Allah. Sifat berlepas diri daripada keseronokan dunia inilah Allah ganjarkan nikmat Akhirat sangat tak terjangkau fikiran.
Oleh itu marilah sama sama kita menghayati erti sebenar Aidiladha yang mana kita perlu yakin tanpa ragu bahawa kuasa Allah mengatasi segalanya.
Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna buat umat Islam di negara kita.
Dengan ini sayang mengakhiri kalimah ini dengan takbir kesyukuran dan keinsafan.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Laailaaha illallahu wallahu akbar
Allahu Akbar walillahil hamd.
Sekian.
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”
Puan Hanani Saiful
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Samarahan
9 Zulhijjah 1440 / 10 Ogos 2019