Home Berita PAS Kedah

Perutusan Hari Kebangsaan Kali Ke-63 daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

535
SHARE

PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-63 DARIPADA KETUA PEMUDA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

Assalamulaikum wtb.

Mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Kali ke 63 buat semua rakyat Malaysia.

Nilai kemerdekaan dan keamanan ini seharusnya disyukuri oleh kita semua. Negara Malaysia merupakan negara yang indah lagi harmoni sekalipun masyarakatnya berbeza Agama, Etnik serta Budaya. Perbezaan ini menjadikan negara ini sangat istimewa di mata dunia.

Dalam menghayati maksud Kemerdekaan, saya ingin mengajak anda semua untuk menghayati kata-kata Rubaie Bin Amir terhadap Panglima Tentera Parsi yang bernama Rustam :

“Allah mendatangkan kami (Islam) bagi mengeluarkan manusia daripada menjadi hamba kepada sesama manusia, kepada menjadi hamba kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas.

Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutuskan dengan agama Allah SWT kepada makhlukNya untuk menyeru mereka kepada Allah.

Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka ditanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan Allah…”

Hakikat bebas dan merdeka menurut Islam berbeza dengan kefahaman yang ditaja oleh barat.

Bagi mereka, bebas dan merdeka dalam ertikata mereka boleh bercakap apa sahaja yang mereka inginkan sekalipun fitnah dan adu domba, mereka boleh bersosial tanpa sempadan hinggakan boleh berzina serta bersekududukan secara haram, bebas memerintah sekalipun merampas hak serta menzalimi mereka yang miskin dan lemah.

Islam datang mengubah fahaman kebebasan sebegini, mengajak manusia bertauhid serta bertuhankan Allah.

Manusia yang merdeka mestilah memahami sempadan kehidupannya yang ada dosa dan pahala.

Ianya hanya akan difahami dengan adanya perhambaan yang sebenar-benarnya kepada Tuhan sekalian Alam.

Maka hasilnya percakapan akan di dasari dengan kebenaran, tahap kehidupan sosial berstruktur dan saling hormat menghormati serta ia akan menghasilkan pemerintahan yang adil dan berhikmah.

Marilah kita menghargai para pejuang kemerdekaan negara kita yang terdahulu, tidak kira mereka daripada kalangan alim-ulama, pemimpin masyarakat mahupun pasukan keselamatan.

Juga kita menghargai pasukan barisan hadapan negara kita pada ketika ini yang terus berjuang mempertahan rakyat dari serangan pandemic COVID-19.

Titipkanlah dalam doa kita, moga-moga kesejahteraan, keselamatan serta kesihatan bersama dengan pasukan barisan hadapan negara kita.

MALAYSIAKU PRIHATIN

Sehati sejiwa,

Ustaz Nurul Amin Hamid
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

MERDEKA ! MERDEKA! MERDEKA!