Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Perutusan Eidilfitri Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

92 views
SHARE

PERUTUSAN EIDILFITRI 1439 Hijriah

KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih dikurniakan pelbagai nikmat khususnya dapat beribadat pada malam-malam akhir Ramadhan. Semoga pencarian Lailatul Qadar tidak berakhir dengan berakhirnya Ramadhan, malah usaha peningkatan ibadat diteruskan pada Syawal dan bulan-bulan yang lain.

Ramadhan telah mendidik kita bukan setakat menjadi seorang abid yang menumpukan kepada ibadat malam dan puasa pada siangnya, akan tetapi ia mengajar kita berjihad melawan nafsu, meninggalkan kemungkaran dan menegakkan kebenaran Islam.

Syawal yang bakal menjelma ini, hendaklah disambut dengan semangat kemenangan menguasai nafsu kita. Kemenangan yang besar ialah kita masih lagi istiqamah dalam menegakkan perjuangan Islam di tanah air. Usaha memertabatkan tuntutan Islam ini akan diteruskan dengan jayanya sehingga Malaysia benar-benar lahir sebagai sebuah negara Islam yang sejahtera serta menjadi contoh kepada dunia Islam.

Sempena 1 Syawal menjelang tiba, marilah sama-sama kita perkukuhkan talian silaturrahim dan bina ukhuwwah yang mantap sesama umat Islam dengan mendoakan kebaikan kepada saudara-saudara kita yang ditimpa musibah di seluruh dunia Islam. Semoga Allah SWT menerima segala amalan yang telah kita lakukan. Jubair bin Nufair Radhiallahu Anhu berkata:

كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا الْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك

“Adalah (menjadi amalan) para sahabat Rasulullah SAW apabila berjumpa pada hari raya, mereka saling mengucapkan: Semoga Allah menerima amalan daripada kami dan kalian semua”.

Saya beserta seluruh saf kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

تَقَبَّلَ اللهَ مِنَّا وَمِنْكُمْ… كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

 

“Sejahtera Bersama Islam”

“Membina Negara Sejahtera”

 

USTAZ DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat

29 Ramadhan 1439H / 14 Jun 2018 (Khamis)

 

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
💚 Media Rasmi DUPP:
🌐 ulamak.pas.org.my
📧 ulamak@pas.org.my

💚 [Follow] [Like] [Comment] [Share]
🤳🏻 facebook.com/dewanulamakpas
🤳🏻 twitter.com/dewanulamakpas
🤳🏻 instagram.com/dewanulamakpas
🤳🏻 telegram.me/dewanulamakpas