Home Artikel PAS Pulau Pinang

DMPK NIBONG TEBAL KONGSI REZEKI BERSAMA GURU KAFA

53 views
SHARE

OLEH NURAH MAISARAH

Nibong Tebal, Selasa, 12 Jun: Keresahan guru-guru KAFA Nibong Tebal terubat apabila satu majlis penyerahan sumbangan telah diadakan bertempat di Surau Taman Seri Emas, Nibong Tebal.

Keperihatinan Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Nibong Tebal itu berjaya meringankan sedikit bebanan seramai 21 orang guru KAFA yang juga merupakan antara aktivis jemaah PAS.

Sumbangan berbentuk hamper dan sedikit wang tunai telah disampaikan oleh Norliana Yusuf selaku Ketua DMPK Nibong Tebal.

Norliana ketika ditemui di dalam program ini melahirkan rasa kesyukuran kerana sumbgn  dari orang ramai ini dapat sedikit  sebanyak menceriakn sambutan  hari raya para guru KAFA.

Tambah beliau lagi, sumbangan hari raya kepada guru KAFA ini merupakan fasa ke-2 program Semarak Kasih Ramadhan bersama Dewan Muslimt Pas Kawasan Nibong Tebal.

Sumbangan bagi fasa pertama telah disampaikan kepada sebanyak 70 isi rumah pada ahad yang lalu.

Turut menerima sumbangan ialah 11 orang ahli kariah Surau Taman Seri Emas.

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Nibong Tebal Mohamad Ahmad.

Mohamad Ahmad dalam ucapannya mengingatkan hadirin bahawa bulan Ramadhan bukan sekadar berpuasa, membaca Al-Quran dan berzikir tapi juga memperbanyakkan sedekah. Program yang dianjurkan pada hari ini adalah sebahagian dr saluran sedekah di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.