Home Berita PAS Selangor

Perutusan AidilAdha 1440H Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

872
SHARE

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Segala puji bagi Allah dan selawat salam kepada baginda Rasulullah SAW Nikmat hayat yang ALLAH berikan dan panduan Nabi akhir zaman kepada kita, kini kita mampu melangkah ke bulan pengorbanan dengan kepadatan jadual ibadah.

Alhamdulillah, ada sebahagian daripada kita menjadi tetamu jemputan Allah SWT menunaikan ibadah haji dan ada yang bakal melaksanakan ibadah korban pada tahun ini. Penghayatan pengorbanan yang terkandung dalam dalam sirah agung Islam ini, haruslah diteruskan walaupun bulan Zulhijjah bakal berlalu.

Menyingkap semula kehebatan sabar yang dimiliki oleh Nabi Ismail a.s, perlulah kita menyelusuri kehebatan ayahanda Nabi Ibrahim dan Ibundanya Siti Hajar.

Kalam Allah SWT merakamkan kebenaran yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.” (Surah Ibrahim : 37)

Tuntutan khalifah kepada kita sebagai seorang muslimat sangatlah besar di dalam keluarga dan masyarakat. Kita mesti bersedia malakukan pengorbanan untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara cabaran utama ialah menghadapi tribulasi anak-anak berada di dalam dunia tanpa sempadan dan cabaran memberikan kefahaman agama khususnya kepada masyarakat wanita yang telah ramai membiasakan adat budaya melebihi keutamaan agama.

Demi melahir masa depan ummah yang sejahtera, ayuhlah masyarakat Islam bersatu di bawah payung aqidah yang dijamin janji oleh Allah akan selamat di dunia dan akhirat. Malah rahmat Allah akan melimpah-ruah buat sekelian alam. Iktibar ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan anakanda soleh Nabi Ismail a.s tanpa alasan dan berbelah-bahagi kepada Allah, wajib dihayati dengan keimanan yang tinggi.

Pengorbanan di jalan Allah tidak datang secara percuma. Siapa yang mentaati Allah SWT dan bersedia melakukan pengorbanan di jalan-Nya, pastilah Allah tidak akan meninggalkannya dalam kesia-siaan.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang tersebut) di dalam Al Quraan. Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi.” (Surah Maryam : 54)

Di hari penghayatan ibrah pengorbanan insan-insan teragung ini, saya mewakili Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor ingin mengucapkan *Selamat Hari Raya Aidiladha 1440H*. Semoga pengorbanan dan amal ibadah kita semua diterima dengan redhanya oleh Allah SWT.

عِيْدُ مُبَارَكْ. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Islam Memimpin Perpaduan
Islam Memimpin wanita Sejahtera.

Tulus Ikhlas,

USTAZAH WAN HASRINA WAN HASSAN
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
11 Ogos 2019 | 10 Zulhijjah 1440H

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2353752704659949&id=484677474900824

▶️▶️▶️▶️▶️▶️▶️▶️▶️▶️

Jemput SUBSCRIBE LIKE, SHARE & FOLLOW Media Rasmi DMPNS

?Facebook-Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor
?http://www.facebook.com/dmpns

?Instagram-Dewan Muslimat PAS Selangor
?https://instagram.com/dewan_muslimat_pas_selangor

?Twitter-Dewan Muslimat PAS Selangor
?https://www.twitter.com/dmpn_selangor