Home Artikel PAS Perak

Perutusan Idil Adha Dari Meja DMPK Tambun

42 views
SHARE

PERUTUSAN IDIL ADHA DARI MEJA DMPK TAMBUN


Assalamualaikum wbt
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

Harini umat Islam seluruh dunia bakal menyambut Aidil Adha dan menjalankan ibadah korban yang merupakan amalan Sunnah Muakkadah yang paling digalakkan pada hari raya dan 3 hari Tasyrik bagi individu yg berkemampuan.

Nabi saw bersabda dalam Hadis riwayat Aisyah radiyallahu anha:
عَنْ عَائِشَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” مَا عَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلًا ، أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ هِرَاقَةِ دَمٍ ، وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا ، وَأَظْلَافِهَا ، وَأَشْعَارِهَا ، وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا ” .
Maksudnya: Tidak beramal anak Adam pada Hari Idil Adha satu amalan yang lebih dicintai oleh Allah berbanding menumpahkan darah (korban). Sesungguhnya ia pasti datang pada hari Kiamat dengan tanduk-tanduk, kuku-kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya darah itu pasti terlebih dulu tumpah oleh (redha) Allah di suatu tempat sebelum ia tumpah ke bumi. Maka perelokkanlah dengan binatang sembelihan itu jiwa kamu. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Betapa besar ganjaran korban sehingga digambarkan oleh Nabi saw bahawa sembelihan itu akan dibawa hadir di Hari Kiamat untuk menjadi sebahagian saksi kepada amalan orang yang berkorban.

Malah digambarkan betapa Allah menerima korban itu dengan gambaran darah yang sepatutnya tumpah ke bumi sebaik sembelihan namun ia tumpah terlebih dahulu di sisi Allah dengan mendapat redhaNya.

Ibadah korban menjadi satu tanda kesyukuran atas nikmat harta yang dikurniakan oleh Allah.

Nikmat itu dikongsikan bersama masyarakat pada hari raya yang menggembirakan dalam bentuk agihan daging atas nama sedekah kepada golongan miskin dan atas nama hadiah kepada jiran tetangga serta sahabat handai.

Moga ibadah korban kita diterima oleh Allah swt serta sama-sama kita bermuhasabah dalam menyelami erti pengorbanan sebenar dalam menyampaikan risalah Islam.

Sirru ala barakatillah.

Salam Idul Adha dari seluruh saff kepimpinan DMPK Tambun,

Yusmaliza Yusof
Ketua Muslimat DMPK Tambun

#DMPKTambun
#LajnahPenerangan &MediaBaru