Home Artikel PAS Sabah

Perutusan Aidiladha Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah

141
SHARE

Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya di rakyat Sabah.

Pada hari raya ini, bersama-sama kita menghayati pengorbanan nabi kita, Ibrahim a.s dan anakandanya Ismail a.s serta isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar yang sanggup melakukan apa saja yang diperintahkan oleh Allah SWT lantaran keimanan yang begitu tinggi kepada-Nya.

Kita sebagai umat Islam, wajib mengambil iktibar daripada peristiwa ini dan menjadikan tauladan dalam kehidupan seharian kita yang kadang-kadang diuji dengan pelbagai cubaan dalam mendidik keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Azza wa Jalla.

Kisah nabi Allah ini sekaligus mengingatkan kita bahawa Allah tidak menzalimi hamba-Nya melalui ujian yang zahirnya dahsyat diberikan melainkan untuk mengangkat darjat keimanan hamba-Nya itu.

Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah juga mengucapkan semoga jemaah haji Malaysia mendapat haji yang mabrur. Semoga dapat pulang ke tanah air dengan sihat dan sejahtera.

Selamat menjalankan ibadah korban kepada yang mengambil bahagian dan berziarahlah ke rumah saudara-mara serta sahabat-sahabat. Semoga Aidiladha ini disambut dengan penuh kesyukuran dan keimanan.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Pn Norsah Bongsu
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah
9 Zulhijjah 1440 / 10 Ogos 2019

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1107729786082240&id=221427334712494