Home Artikel PAS Melaka

Perutusan Aidil Adha YDP PAS Tangga Batu

338
SHARE

“PADA hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk mu. ( Al Maidah: 3)

‘Idul Adha yang kita raikan di bulan Zulhijjah merupakan hari kebesaran kurniaan Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang diraikan dengan penuh rasa ‘izzah dan ‘ubudiyah kepadaNya.

Di dalamnya terhimpun segala peristiwa di sepanjang lipatan sejarah yang penuh dengan keagungan dan menjadi iktibar dan pedoman di sepanjang zaman.

Di samping ibadah haji yang dilaksanakan di Mekah, ibadah korban yang disyariatkan juga menjadi lambang ketaatan tinggi umat Islam terhadap Allah azzawajalla. Ibadah korban ini dapat membentuk keteguhan kesatuan dan sifat kasih sayang sesama Islam dalam berkongsi rezeki anugerah Allah secara adil tanpa ada rasa cemburu.

Yang paling penting dari ibadah korban ini adalah mengorbankan perasaan demi kepatuhan dan ketaatan dalam melaksanakan perintah Allah.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah perjuangan keluarga Nabi Ibrahim AS serta cicitnya Nabi Muhammad SAW dan para sahabat R.A dalam melaksanakan ketaatan khususnya yang berkaitan dengan ibadah haji dan korban agar dapat mempertingkatkan lagi kesungguhan dalam menegakkan kehidupan dan perjuangan menurut acuan keredaan Illahi.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

#KitaJagaKita

HJ BAKRI JAMALUDDIN
YDP PAS KAWASAN TANGGA BATU

09 Zulhijah 1441 H / 30 Julai 2020


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)