Home Artikel PAS Sabah

PERUTUSAN AIDIL ADHA YDP PAS SANDAKAN.

176
SHARE

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Walillahil hamd!

Sekali lagi kita dipertemukan dengan Aidil Adha, hari yang memberi banyak pengajaran buat diri kita umat Islam.

Dikesempatan ini, mari sama-sama kita hayati erti pengorbanan & keikhlasan disebalik kisah Nabi Ibrahim AS yang mendapat perintah dari Allah SWT.

Wahyu Allah SWT kepada Nabi Ibrahim AS yang disampaikan melalui mimpi untuk menyembelih puteranya, Nabi Ismail AS. Itu lah merupakan satu perintah yang sangat besar dan berat, namun masih mampu dilaksanakan oleh kekasih Allah ini.

Selain itu, Aidil Adha turut mengajar kita tentang kesatuan ummah apabila pada ketika ini perhimpunan besar-besaran umat Islam sedang berlangsung di tanah Makkah yang membawa simbol kepada kita bahawa perlunya umat Islam bersatu padu dalam segenap sisi urusan.

Akhir kalam, mewakili saff kepimpinan PAS Kawasan Sandakan, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1440H / 2019 kepada seluruh umat Islam khususnya Warga Sandakan.

Teruslah beristiqamah melibatkan diri dalam perjuangan dan gerakan Islam. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dari Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN

Tulus Ikhlas,

SAHAR ABDUL MAJID,

Yang Dipertua PAS Sandakan,

Merangkap Timbalan Pesuruhjaya I

PAS Negeri Sabah.