Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju memberi pengecualian bayaran sewa premis selama 2 bulan kepada peniaga kecil sebagai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2021.
Pengecualian ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 3.29 Juta. Iinsentif ini diharap dapat membantu meringankan beban ekonomi bagi peniaga-peniaga kecil yang terkesan akibat pandemik Covid-19.