Home Artikel PAS Johor

Pertingkat Kewaspadaan terhadap Wabak COVID-19

506
SHARE

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

1. Mengikut laporan Menteri Kesihatan Singapura pada 7 Mac (Sabtu) seramai 138 orang telah dijangkiti Covid-19. Empat daripada mangsa terbaharu adalah mereka yang terlibat dalam satu majlis makan malam di Safra Jurong pada 15 Februari.

https://www.todayonline.com/singapore/covid-19-8-new-cases-singapore-4-them-linked-safra-jurong-cluster

2. Peningkatan mangsa Covid-19 yang melibatkan penduduk di Singapura ini mestilah diberi perhatian serius kerana ia terletak bersebelahan dengan negeri Johor dan ianya melibatkan pergerakan keluar masuk manusia pada setiap hari di antara Singapura dan Malaysia.

3. Justeru perlu pertingkatkan kerjasama di antara kedua-dua negara bagi menangani penularan wabak ini di Tambak Johor yang mempunyai pergerakan tinggi.

4. Rakyat Johor perlu sentiasa berjaga-jaga khususnya yang tinggal di Johor Baharu. Perlu sentiasa amalkan langkah-langkah pencegahan yang boleh diperolehi di sini ;

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2264

5. Banyakkan berdoa agar Allah melindungi kita daripada wabak yang masih belum ditemui penawarnya.

Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Pengerusi
KHIDMAT MALAYSIA NEGERI JOHOR
8 Mac 2020