Home Berita PAS Perak

Sidang Dun Perak l Pertanian Rakyat Wajar Diberikan Perhatian

1449
SHARE


Pertanian Rakyat Wajar Diberikan Perhatian

Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi

IPOH: Sektor Pertanian terutama di kawasan Kerian mengalami beberapa masalah antaranya haiwan perosak bukan lagi serangga perosak sehingga mengakibatkan kerugian yang tinggi.

Hasil tanaman rakyat telah dirosakkan oleh monyet dan khinzir bahkan memberikan kesan kepada pendapatan masyarakat yang menjadi hasil utama pencarian terutama bagi masyarakat luar bandar.

Adun Gunong Semanggol, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan menyuarakan permasalahan tersebut dalam sesi perbahasan Bajet Perak 2018 di Sidang Dun Perak, 23 November lalu.

Menurut Zawawi perkara itu telah dibahaskan di peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan sehingga Pertubuhan Peladang Negeri bukan hanya subsidi dikurang bahkan baja dan racun tidak sampai pada masa yang ditetapkan

Justeru beliau menyatakan jika keadaan itu berterus boleh memberikan kesan kualiti pertanian terbaik dari daerah Kerian.

“Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana ia mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi bahkan dapat menjana pendapatan rakyat Gunong Semanggol.

“Begitu juga projek PAM Kerian seringkali dibawa ke dalam sidang dewan kerana kawasan Kerian antara daerah yang sentiasa menghadapi banjir.

“Adakalanya berlaku lebihan air dan pernah berlaku kekurang air walaupun hujan lebat tetapi kolam Bukit Merah tidak mampu menampung air ke sawah padi,” ujar beliau.

Zawawi mengharapkan pihak berkaitan melakukan kajian untuk mengatasi masalah tersebut ataupun penggunaan kolam itu telah beralih kepada fungsi lain seperti menyediakan air bersih untuk kilang-kilang di Kamunting dan Taiping.

Atas kerana faktor yang dinyatakan fungsi kolam Bukit Merah untuk membantu pertanian dan penggunaan domestik terjejas.