Home Artikel PAS Perak

Sidang Dun Perak l Pengurusan Ekonomi Berteraskan Islam

1609
SHARE


Pengurusan Ekonomi Berteraskan Islam

Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi

IPOH: Dalam merangka bajet sebuah negeri, prinsip-prinsip Islam sebagai asas penjanaan ekonomi sesebuah negeri maka prinsip tersebut akan menggariskan beberapa teras utama untuk memastikan perbelanjaan pentadbiran negeri dimanfaatkan.

Pengagihan harta yang diperolehi dari mana-mana sumber dalam negeri hendaklah tidak berlegar pada golongan kaya dan tertentu sahaja, ia mesti diagihkan kepada seluruh lapisan rakyat dengan penuh adil dan saksama tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan fahaman parti politik.

Cukai diambil daripada lebihan harta golongan kaya untuk diagihkan kepada golongan miskin maka PAS menyarankan kepada kerajaan negeri yang dibawah bidang kuasa kerajaan negeri untuk tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan pelbagai cukai.

Demikian dinyatakan Adun Selinsing, Husin Din ketika membahaskan Bajet 2016 di Sidang Dun Perak, 23 November lalu.

Jelasnya, kerajaan sama ada menghapuskan sahaja cukai-cukai yang membebankan rakyat atau mengurangkan kadarnya dengan kadar mengikut kemampuan rakyat untuk membayarnya.

“Menaikkan taraf golongan miskin dan penurunan kos sara hidup, maka saya menyokong mana-mana sahaja usaha kerajaan membantu rakyat dengan pelbagai intensif yang diberikan kepada rakyat Perak dari pegawai dan kakitangan kerajaan sehingga kepada Ketua Kampung, Imam, Bilal, Siak dan sebagainya.

“Persoalannya apakah pemberian-pemberian seumpama ini mampu menaikkan taraf golongan miskin dan penurunan kos sara hidup ?

“Sepatutnya kerajaan merancang bentuk penjanaan ekonomi rakyat dibuat dalam jangka masa panjang yang boleh membantu menaikkan taraf ekonomi, seperti membantu rakyat berdikari.

“Usaha ini boleh diaplikasikan melalui projek-projek dan industri-industri kecil di luar bandar, bukan sahaja diberi pinjaman dan subsidi tetapi dibimbing, dilatih serta dipantau setiap masa,” saranannya.

Timbalan Yang Dipertua Bagan Serai itu juga mengingatkan Kerajaan Perak supaya sedar, bahawa menyediakan semua keperluan asas kepada rakyat adalah Fardhu Kifayah.

Katanya, masih ada lagi rakyat di pedalaman kampung seperti perkampungan orang asli di Sungai Siput, Hulu Perak dan lain-lain, tidak mempunyai bekalan air bersih, kemudahan jalan yang sempurna, mungkin sahaja bekalan elektrik tidak sampai d tempat mereka.