Home Berita PAS Sabah

Pertandingan mencipta IPoster bangkitkan semangat patriotik

540
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
7 September 2020

TAWAU : Lajnah Penerangan dan Media Baharu (LPMB) Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPKT) telah menganjurkan pertandingan mencipta iPoster sempena kemerdekaan ke-63, pada 21-28 Ogos, di sini, baru-baru ini.

Menurut Pengerusi LPMB , Aznah Tandek , tujuan pertandingan itu diadakan adalah untuk membangkitkan semangat patriotik dan cinta kepada negara oleh masyarakat.

” Pertandingan ini bermula pada 21 hingga 28 Ogos dan terbuka kepada peserta perempuan berumur 13 tahun ke atas.

“Saya berharap dengan adanya pertandingan sebegini ia dapat menaikan semangat patriotik dan cintakan kepada negara oleh masyarakat.

“Pertandingan ini juga bertujuan untuk mengimarakkan sambutan bulan kemerdekaan di musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Di samping dapat bersilaturrahim bersama para peserta” kata Aznah semasa ditemui di kelmarin , semasa menyerahkan hadiah kepada peserta di kediaman penerima, di Kampung Tg Batu Darat.

Dalam pertandingan tersebut, Cik Nur Aqilah Mohd Nasir telah mendapat tempat pertama, diikuti oleh adik Masyitah Mohd Nasir dan Atiqah Irianto.

Kesemua peserta mendapat hadiah berupa hamper serta sijil penyertaan dan

Turut hadir menyampaikan hadiah tersebut , Ketua Muslimat, Pn Mandin Ladale, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Siti Arfa Asrisal dan beberapa AJK DMPK Tawau.