Home Artikel PAS Pulau Pinang

PERTANDINGAN MAHABBAH BOWLING PAS-UMNO PARLIMEN TASEK GELUGOR

746
SHARE

21 Jamadilawal 1440 H | 27 Januari 2019 | Ahad

Oleh: Abd Rahman Kassim

Kemesraan yang terjalin antara kedua-dua ahli parti dalam perlawanan persahabatan bowling di Bowling Arena, Giant, Kulim ini amatlah simbiotik lagi bermanfaat. Ia merupakan satu mukaddimah baru yang akan dissusuli dengan aktiviti yang lebih banyak untuk menyemarakkan ukhwah dan dakwah sesama Islam.

Kehadiran pimpinan dari kedua-dua belah pihak yang terdiri dari YDP Ust Khalid Man ,Timbalan YDP Cikgu Zahadi beserta saf pimpinan yang lain juga dari UMNO iaitu Ketua Bahagian UMNO Tasek Gelugor YB Yusof Md Noor dan Timbalan Ketua Bahagian amat amat dialukan. Tidak ketinggalan juga turut menyerikan lagi majlis tersebut ialah dengan kehadiran Persuruhjaya Pas Pulau Pinang Ust Fauzi Yusof yang memberi ucapan aluan dan memulakan balingan bagi menandakan perlawanan bermula.

Turut menyertai juga Wanita UMNO dan Muslimat PAS seramai 24 orang pemain, iaitu 12 orang dari setiap parti. Kehadiran Ketua Muslimat TaseK Gelugor dan YB Norfaizah ADUN Permatang Berangan mewarnai lagi kemesraan perlawanan ini.

Lebih menarik, format perlawanan satu kumpulan empat orang pemain mesti terdiri dari dua ahli Pas dan dua ahli UMNO. Hal ini bertujuan supaya mereka saling mengenali dan bemesra antara satu sama lain. Perlawanan dimulakan pada Jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang tersebut menjanjikan setiap pemain mendapat cenderahati kenang-kenangan. Bagi setiap pemenang ketegori pula dianugerahkan trofi.

Ucapan syabas kepasa semua yang terlibat dan semoga usaha menjalinkan kemesraan antara PAS dan UMNO diteruskan dalam perkara persamaan dan kesejahteraan bersama.

#Islam Memimpin