Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

PRK Cameron Highland : Gelombang Kesedaran Rakyat

950
SHARE

PRK Cameron Highland : Gelombang Kesedaran Rakyat

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam PRK Cameron Highland menjadi petanda utama rakyat muak dengan permainan politik persepsi dan janji kosong Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Sesungguhnya kebenaran akan terserlah dan kebatilan akan hancur juga kerana Allah bersama-sama kebenaran walaupun ia kelihatan sangat lemah.

Kebangkitan rakyat berasaskan kesedaran beragama dan nasib bangsa melalui kerjasama PAS dan BN di PRK Cameron Highland telah membuahkan hasil apabila undi majoriti bertambah kepada pembangkang.

Pelbagai isu cuba dimainkan oleh pihak kerajaan untuk menutup kelemahan dan kepincangan pemerintahan mereka, sedikit sebanyak memberi kelebihan politik kepada parti pembangkang.

PAS tetap teguh dengan prinsip perjuangan iaitu mempertahankan Islam sebagai asas tanpa menafikan usaha dan kerjasama dengan mana-mana pihak selagi mana ianya menguntungkan Islam.

Walaupun PAS tidak bertanding pada PRK kali ini, tetapi ahli-ahli PAS telah diminta memberikan undi pada calon yang selayaknya sebagaimana telah diputuskan di peringkat tertinggi parti, di samping bersama-sama berkempen untuk kemenangan pihak pembangkang bagi menambahkan lagi kerusi Ahli Parlimen Muslim dalam parlimen.

Keputusan ini sebagai kesedaran kebangkitan rakyat yang semakin meluas, seharusnya menjadi peringatan kepada Kerajaan agar tidak mempermain dan menanamkan keresahan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa, dan agama.

Akhirnya saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh pengundi terutamanya terhadap kematangan pengundi-pengundi dan petugas-petugas PAS.

Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia