Home Kenyataan Media PAS Pahang

Pertahankan Tulisan Jawi Bukan Unsur Perkauman

1421
SHARE

KENYATAAN MEDIA

Tanggal 1 Januari 2020 mengukir sejarah perdana tahun ini apabila Himpunan Haramkan Dong Zong diadakan oleh sekumpulan anak muda daripada GAMIS di depan Pusat Beli Belah SOGO menyatakan penegasan yang berani mendesak kerajaan untuk mengharamkan Persatuan Dong Zong. Ribuan anak muda berhimpun di SOGO dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi seluruh kampus bagi menyatakan penentangan terhadap persatuan tersebut. Persatuan Dong Zong perlu rasa gerun dengan gelombang anak muda ini supaya menghentikan hasrat mereka untuk menentang dan memusingkan isu tentang tulisan jawi.

Bagi kami, Dong Zong tidak ada ilmu sejarah melainkan menghasut bangsa lain untuk menentang kaligrafi jawi yang berzaman menjadi sejarah kepada malaysia sewaktu ketika dahulu. Tambahan lagi yang dikatakan Tulisan Jawi juga berupaya menukar agama bangsa lain. Ini adalah tohmahan yang berunsurkan fitnah sedangkan sejarah dulu membuktikan bangsa lain juga menggunakannya tanpa menukarkan agama mereka.

Belajar tulisan jawi itu adalah sejarah, tidak memberi kesan apa-apa sedangkan ia adalah memori lama yang perlu kita ingat dan hormati. Tulisan Jawi tidak membuktikan bahawa ia adalah hak satu bangsa sedangkan hak semua bangsa satu ketika dahulu maka ia tidak pernah menjadi unsur perkauman sekiranya dipertahankan.

ROSLAN MD ESA 
Pengerusi UMMAH Pahang