Home Artikel PAS Terengganu

Crew Lubna : Pelancaran Unit Penyiaran Muslimat Terengganu

46 views
SHARE

Oleh :Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu(DMPNT) menerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media(LPHM)nya telah melancarkan HARAP TV Muslimat PAS Negeri Terengganu yang dikenali sebagai “Crew Lubna’.

Nama Lubna diabadikan daripada nama seorang wanita yang ulung dari Sepanyol di dalam sejarah Islam. Beliau merupakan tokoh terpenting istana di zaman kerajaan Umaiyyah. di Cardoba dan merupakan Setiausaha Istana kepada Khalifah Abdul Rahman III dan anak beliau, Al Hakam bin Abdul Rahman. Beliau juga merupakan seorang ahli matematik yang mahir, Pengerusi Perpustakaan DiRaja dan seorang yang cemerlang dalam tulisan tata bahasa dan puisi.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Senator Ustaz Dato Husein Awang sempena Muktamar Tahunan DMPNT Kali Ke-46 di sebuah hotel di sini pada 20 April.

Program-program HARAP TV Muslimat telah bermula sejak sebelum Pilihan Raya Umum(PRU) 14 menerusi Mesej Dari Dapur Muslimat, Berita Dan Isu Terjah.

Diharap dengan kewujudan Crew Lubna, Unit Penyiaran HARAP TV Muslimat ini akan memantapkan lagi ruang penyampaian dakwah dan siasah DMPNT.