Home Berita PAS Pahang

Perparitan lama punca air bartakung dan banjir di Beserah

106
SHARE

Oleh HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 17 Sept : Sistem perparitan lama yang tersumbat dan jalan yang menyekat laluan air menjadi punca utama berlakunya air bertakung dan banjir di Kampung Beserah dekat sini apabila tiba musim tengkujuh.

Rumah dan premis perniagaan yang baru dibina juga menyalurkan air ke perparitan yang sama, menyebabkan parit yang kecil tidak mampu untuk menampung aliran air yang banyak terutama bila berlaku hujan lebat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu berkata, pihaknya telah menerima aduan orang ramai khususnya penduduk Beserah mengenai isu tersebut dan telah membuat tinjauan bersama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Roadcare (M) Sdn. Bhd dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dari permasalahan ini.

Justeru itu, kerjasama dan kebenaran dari pemilik tanah dan pemilik premis diperlukan bagi kerja-kerja membaikpulih untuk menaik taraf sistem longkang dapat dilakukan dengan segera.

Orang ramai dan peniaga pemilik premis juga diminta supaya tidak menutup sepenuhnya longkang laluan supaya kerja-kerja penyelenggaraan mencuci longkang secara berkala dapat dilakukan, tambah beliau lagi.