Home Berita PAS Kedah

Perolehi hak  tanah yang diusahakan, Penantian penduduk Kg Paya Serdang berbaloi

162
SHARE

Oleh NOR FATIN

ALOR SETAR,7 FEB – Penantian penduduk Kg Paya Serdang bagi mendapatkan hak ke atas tanah yang diusahakan sejak turun temurun, kini berbaloi apabila ianya telah menjadi kenyataan.

Seramai 228 Penduduk Daerah Pendang menerima surat hak milik dalam Majlis Penyerahan Surat Hak Milik beserta Hak Milik sambungan dan Cukai Tanah bagi Daerah Pendang hari ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Cenderawasih tersebut turut meraikan 110 penerima Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di Kampung Paya Serdang, Mukim Padang Peliang dan 77 surat hakmilik sambungan yang melibatkan 77 plot rumah kediaman.

YB Haji Awang Hashim yang menghadiri majlis tersebut mengucapkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Kedah dan semua yang terlibat bagi memudahkan urusan tersebut.

“Alhamdulillah, saya mewakili penduduk parlimen Pendang menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor,Menteri Besar Kedah, YB Dato Dr Mohd Hayati Othman, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Kedah, pegawai daerah Pendang dan semua yang terlibat.” katanya.

Beliau juga turut menyatakan perkara ini telah menjadi perhatian beliau sejak beliau diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen Pendang. Beliau menjadi perantara penduduk dengan kerajaan bagi mengatasi dan menyelesaikan isu ini.