BALIK PULAU – Unit Medik Dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang (JAMNPP) berjaya melaksanakan Program Ziarah Medik di sekitar Pulau Betong.
Program ziarah dan pemeriksaan kesihatan kerjasama UDM Sg.Kongsi berlangsung seawal 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Sebanyak 6 buah rumah telah diziarahi dan melibatkan 10 peserta telah disantuni.
Petugas Unit Medik JAMNPP Tuan Abdullah Hafiz Bin Abdul Aziz dan Tuan Ruzaini Bin Ramli memaklumkan program yang dijalankan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari masyarakat disitu.