Home Berita PAS Pulau Pinang

PENGARAH AMAL KUNJUNGI PUSAT KHIDMAT YB PERMATANG PAUH

45
SHARE

Permatang Pauh – Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh di Sama Gagah.

Pengarah JAMNPP Tuan Ahmad Anuar Bin Zainal Abidin bersama beberapa Ahli Lembaga Pengarah mengunjungi YB Ustaz Fawwaz bin Mat Jan dipejabat beliau petang kelmarin.

Program kebajikan dan khidmat masyarakat menjadi topik utama perbincangan dan diharap akan memberi manfaat kepada penduduk Permatang Pauh khususnya.

YB Ustaz Muhammad Fawwaz dalam ucapannya diakhir pertemuan tersebut menghargai kehadiran JAMNPP dan berharap program yang dirancang dapat dilaksanakan untuk kebaikan masyarakat dan negara.