Home Berita PAS Wilayah

Perikatan Nasional Putrajaya berprogram bersama rider e-hailing

142
SHARE

PUTRAJAYA, 14 Nov : Perikatan Nasional (PN) Putrajaya pada hari ini menganjurkan Program Prihatin Riders bersama rider e-hailing di Lot Park & Ride Presint 14 Putrajaya pagi tadi.

Setiausaha Politik Menteri Kanan Pendidikan, Saudara Mohd Fahim Mohd Farid hadir mewakili Menteri Kanan Pendidikan dan merasmikan program pada hari ini. Turut hadir Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya Saudara Mohd Fathul Azam Hashim, Yang Dipertua PAS Kawasan Putrajaya Tuan Ahmad Roshidi Wahab, Naib Yang Dipertua PAS Tuan Rusmadi Ismail serta barisan kepimpinan PAS Kawasan Putrajaya dan Bersatu Bahagian Putrajaya.

Program ini berlangsung mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN. Jabatan Amal Malaysia Putrajaya juga hadir bagi membantu dalam menguruskan kelancaran program. Semua rider e-hailing yang hadir diberikan bantuan bakul makanan, caruman skim perlindungan pekerjaan sendiri secara percuma oleh PERKESO selama setahun yang ditaja oleh kerajaan serta voucher petrol daripada Stesen Minyak Petronas di Presint 9, Putrajaya.

Dalam kesibukan membantu jentera pilihan raya di PRN Melaka ketika ini, PN Putrajaya tidak ketinggalan meneruskan program yang dirancang untuk warga Putrajaya. YDP PAS Putrajaya mengakhiri ucapannya tadi dengan disambut laungan Takbir sebanyak 3 kali oleh semua rider e-hailing yang hadir.

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan & Media Baharu
PAS Kawasan Putrajaya

https://www.facebook.com/100064594787832/posts/251722470324244/?d=n