Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Perginya Seorang Anak Soleh di Awal Pagi Jumaat

1,196 views
SHARE

1. Mendapat perkhabaran anakanda, Mohamad Adam Lokman (anak saudara Bob Lokman) menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi selepas jatuh di beranda rumah tengah malam semalam.

2. Anakanda Adam merupakan seorang anak yang taat dan menabur bakti sepenuhnya buat ayahnya yang juga sedang diuji dengan kesakitan.

3. Sayu hati mengenangkan perginya seorang anak soleh yang sentiasa menemani dan seolah-olah menjadi ‘tangan kanan’ buat ayah tercinta.

4. Saya mewakili seluruh Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan takziah buat saudara Bob Lokman dan keluarga atas berita sedih ini.

5. Semoga anakanda Adam mendapat pembalasan setimpal dengan kebaikan dan baktinya kepada ibu bapa.

6. Kami juga berharap agar seluruh ahli keluarga bersabar dan tabah menghadapi ujian kematian ini dan mendoakan agar ruhnya sentiasa dicucuri rahmat Ilahi.

7. Berita kematian sering menjadi bualan kita sehari-hari, ramai telah pergi mendahului kita. Di kesempatan ini, kami ingin mengajak seluruh muslimin muslimat walau di mana kita berada agar sentiasa beringat dengan kematian serta berusaha menambahkan amalan sebagai persiapan untuk menghadapi saat getir yang menakutkan.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
5 Oktober 2018 bersamaan 25 Muharram 1440