Home Berita PAS Johor

Perbezaan Pendapat Punca Perbalahan Melayu

1252
SHARE

Perbezaan Pendapat Punca Perbalahan Melayu

Oleh : ‘Aisyah Yasmin

JOHOR: Pengerusi NGO UMMAH cawangan Johor, Dr Mohd Mazri Yahya menyuarakan kebimbangan terhadap gejala perpecahan yang mulai ketara dalam kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Beliau yang juga pengamal perubatan berkata perbezaan pendapat punca perbalahan di negara semenjak merdeka hingga kini.

“PAS dan UMNO berpecah kepada beberapa parti serpihan lain kerana masing-masing berpendapat pegangan mereka lebih utama, akhirnya yang rugi bangsa itu sendiri.” Ujarnya ketika memperjelas akan kewujudan parti-parti seperti Amanah, Pribumi dan sebagainya.

Beliau yang kini Pengerusi Pergerakan UMMAH Cawangan Johor berkata, pada pertemuan pertama gabungan NGO seluruh negara pada tahun 2017 telah mewujudkan idea penyatuan kaum muslimin ini.

Namun katanya, pada masa itu tidak ramai yang bersama ekoran cetusan pelbagai fitnah yang dicipta.

“Akhirnya pada 2 Febuari 2018, kita berjaya menghimpunkan seluruh NGO di negeri Johor. “ Jelasnya ketika merungkai kronologi penerimaan masyarakat akan UMMAH ini.

Bertemakan “Islam Memimpin”, konvensyen pada kali ini turut menampilkan beberapa orang ikon lain yang mengupas isu berbeza.

Antaranya, isu sejarah bagaimana bermula peradaban Melayu, oleh Puan Zaharah Sulaiman, isu ekonomi Oleh Prof. Abdul Ghaffar Ismail dan isu pendidikan oleh Prof. Dato’ Dr Teo Kok Siang yang juga merupakan felo penyelidik UKM.

Selain itu, turut hadir beberapa tetamu jemputan termasuk Prof.Dr Sufian Hussein dan Saudara Ahmad Yazid Osman.