Home Berita PAS Negeri Sembilan

Peratusan keluar undi awal tinggi, harap kekal momentum – Faizal Azumu

12
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

SEREMBAN, 8 Ogos : Peratusan keluar mengundi awal tinggi, kita harap momentum dapat dikekalkan sehingga 12 hari bulan ini.

“Di Negeri Sembilan kita dapati semua berjalan dengan lancar, saya gembira kerana pegawai polling agent kita berada di tempat mengundi dan memberikan laporan kepada kita”.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan, Dato’ Seri Faizal Azumu sewaktu di hubungi wartawan rakyat Negeri Sembilan.

Mengikut kenyataan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya, sebanyak 94.05% daripada 26,079 orang pengundi keluar mengundi awal di seluruh 38 pusat mengundi awal di Negeri Sembilan yang membabitkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kem-kem tentera.

Tambah Faizal lagi, kebangkitan rakyat ini benar berlaku dan perubahan sikap rakyat beralih menyokong Perikatan Nasional.

“Peralihan ini bukan di Selangor sahaja, malah di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan turut berlaku.

“Kita yakin dengan kebangkitan rakyat untuk beri sokongan kepada Perikatan Nasional kerana PN adalah satu alternatif yang jelas bagi satu kerajaan yang sebenar.

“Walaupun kerajaan sekarang dipanggil Kerajaan Perpaduan tapi tidak pernah bersama antara mereka”, tambah beliau.

Berkaitan isu Menteri Besar daripada Perikatan Nasional, Faizal menyatakan nama-nama Menteri Besar akan dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

“Buat setakat ini, kita persembahkan kepada rakyat pasukan yang kita kira mampu mentadbir kerajaan negeri selepas 12 hari bulan nanti”, katanya.