Home Berita PAS Negeri Sembilan

Munajat benteng kekuatan – Fatimah Ismail

36
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

JEMPOL, 8 Ogos : “Dalam perjuangan, bermunajat kepada Allah adalah salah satu benteng kekuatan ummah. Kebergantungan memohon kepada bantuan dan pertolongan Allah amat diperlukan”.

Demikian peringatan yang disampaikan oleh Timbalan Assobiqat PAS Pusat, Fatimah Ismail dalam taujihat kepada para muslimat dan petugas pilihan raya di sini, kelmarin.

“Di samping gerak kerja jentera yang perlu terus diperkukuhkan, tidak lupa sebagai hamba Allah, kita tidak lari dari terus bermunajat berdoa memohon pertolongan Allah.

“Kita perlu betulkan niat kita bekerja untuk bantu agama Allah. Bantu berjuang agar agama Islam terus terpelihara dan tertegak di bumi Malaysia tanpa digugat mana-mana pihak apatah lagi oleh musuh Islam sendiri, ” tambah beliau lagi.

“Para petugas diingatkan untuk sentiasa menjaga solat yang menjadi tiang agama. Tanpa solat kita hilang keberkatan Allah. Usaha kita akan jadi sia-sia walaupun diberi kemenangan.

“Kita bimbang kemenangan kita itu bukan dalam keredaan Allah tapi lebih kepada kemaksiatan kepadaNya asbab kelalaian kita menunaikan perintah Allah.

Beliau memberikan suntikan semangat kepada petugas muslimat baik dari Negeri Sembilan dan negeri bantu Johor agar terus bekerjasama.

Turut hadir Ketua Muslimat Jempol Habibah Tumin yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada petugas dari negeri Johor yang datang berkampung di sini. Hadir sama isteri calon Ustazah Ummu Abidah Abu Samah dan ahli jawatankuasa Muslimat Jempol.