Home Berita PAS Sarawak

Penyerahan Bendera PAS Tanda Kesiapsiagaan

171
SHARE

Oleh : Neena Mos

Beting Maro, 23 November 2021 : Wakil PAS Beting Maro, Wanee Doni telah menyerahkan bendera PAS kepada wakil Ahli Jawatankuasa PAS di lima kawasan Beting Maro hari ini.

PAS kini dalam keadaan bersiap siaga untuk bergerak kerja bagi pilihanraya sehingga Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)  mengumumkan keputusan hari penamaan calon dan buang undi pada 24 November kelak.

Lima kawasan yang terlibat adalah sekitar kawasan Pusa, Tambak, Beladin, Spinang dan Semarang yang mana bendera akan dipacak dan dikibarkan sedikit masa lagi.

Turut hadir dalam penyerahan tersebut adalah Ketua Muslimat Cawangan Beladin Noriszawati Suhali, Briged Muslimat PAS Sarawak Idarina To dan beberapa orang jentera PAS Beting Maro.

Mengikut makluman terkini, berkemungkinan besar Dun Beting Maro akan bertanding sebanyak empat atau lebih penjuru pada pilihanraya negeri yang akan datang.