Home Rencana PAS Selangor

Bahana arak, nyawa jadi taruhan? – DPPK Gombak

17
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Gombak

Kita yang membaca berita perkhabaran sebuah kereta melanggar meluru masuk ke sebuah kedai perabot di Kampung Pasir Hulu Kelang adalah sangat tragik. Kejadian tragis ini berlaku pada Ahad 21 November 2021 saat petang hujan lebat.

Bayangkan sebuah petang damai nan hujan, berada didalam ruang lingkup kedai, tiada kacau sesiapa pon, terus dengan tidak semena mena kereta dengan kelajuan maksimum menghentam masuk kedalam kedai. Paling sadis mengorbankan anak towkei kedai. Towkei kedai nya cedera parah.

Diceritakan saat berlaku perlanggaran, pemandu india berusia lingkungan 40an tersebut mabuk terok, sehingga masih menekan pedal minyak maksimum. Tanpa sedar diri. Aduhai sadis!

Siapa kita mahu mengubah takdir dan ketentuan? Ya boleh, jika kita mengambil serius akan jalan jalan yang Tuhan telah tetapkan ke atas manusia yang lemah dan polos.

Disebabkan mabuk, najis kencing syaitan yang merosakkan jutaan ummat manusia, ada yang jadi mangsa langgar lari, mangsa penderaan seksual, mangsa dipukul suami mabuk, mangsa penderaan dan tekanan perasaan dek kerana ibu bapa kaki botol, ia bukan kepalang kerosakkan membarah ke dalam sistem masyarakat kita.

Nah, kejadian benar ini bila melibatkan nyawa, siapa yang mahu mengambil iktibar dan tindakan serius? Pemandu mabuk dan kematian adalah pasangan sinonim dan jika tidak keluarga kita yang mati, pasti ada keluarga yang mati. Sejauh mana masyarakat mahu ambil serius akan bahana najis arak!

Ya seperti judi merosak masyarakat, dadah najis yang jijik dan terlarang, arak jugak penyebab kematian dan najis yang bisa melarat kepada kerosakkan nilai berkeluarga!

Oleh yang demikian, tindakan Kerajaan Negeri Kedah melalui pengumuman YAB Datuk Seri Hj Sanusi mengenai arahan menarik balik lesen judi dan mengetatkan kawal selia penjualan arak di premis premis kedai serbaneka di Kedah wajar disokong oleh semua lapisan masyarakat.

Perkara yang sama berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimana arahan Menteri Wilayah YB Datuk Seri Shahidan Kassim melalui DBKL mengetatkan penjualan arak di kedai kedai serbaneka wajar disokong dan diberi dukungan sepenuhnya.

Perkara yang terbukti merosakkan sistem nilai bermasyarakat bahkan boleh membawa kepada kejadian tragik seperti kematian dek kerana mabuk pastinya meruntun jiwa setiap manusia yang menghadapinya.

Ambil iktibar teman teman, dan terus dukung sebarang usaha mengekang najis arak ini terus menerus menjadi punca kemelaratan lain yang boleh juga berlaku kepada keluarga kita. Usah baru terhantuk baru terngadah!

23 November 2021 | 18 Rabiul Akhir 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor