Home Berita PAS Selangor

Penyerahan bakul prihatin wanita PN kepada yang memerlukan – DMPK Pandan

15
SHARE

May be an image of 1 person, standing, sitting, headscarf and text that says "一 PENYERAHAN KIT BAKUL PRIHATIN WANITA PN 29/6/21 PTP f DewanMuslimatPasPandan Sp Adobe Spark"

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Pandan | Pemohon bantuan kini bertambah, NGO-NGO, aktivis parti dan penyampai sumbangan juga makin bergiat aktif dalam membantu rakyat mengharungi masa sukar negara melawan wabak Covid-19 bersama.

Menurut kenyataan Dewan Muslimat PAS Kawasan Pandan, pembahagian kit sumbangan Bakul Prihatin Wanita PN telah disempurnakan oleh Puan Aini Ahmed selaku Ketua Muslimat PAS Kawasan Pandan yang mewakili Wanita MN di Pusat Tarbiyyah Pandan.

Seramai 24 orang telah dipilih untuk menerima kit tersebut setelah memohon baru-baru ini akibat terkesan dengan keadaan pandemik Covid-19. Semoga dengan bantuan yang tak seberapa ini dapat membantu mereka sedikit sebanyak dalam menghadapi kesulitan musim pandemik ini.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Pandan juga mengucapkan terima kasih kepada AJK Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Pandan kerana dapat mengumpulkan penerima-penerima untuk menerima bantuan ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor