Home Berita PAS Selangor

Penerimaan vaksin di Selangor perlu perhatian semua pihak – Pengarah JAMN Selangor

83
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Tuan Shehdi Hazrik Shamsuddin
Pengarah Jawatankuasa Task Force Vaksin
PAS Negeri Selangor

Bangi | Melihat perkembangan terkini jumlah penerimaan Vaksin di Selangor yang masih lagi perlahan dan agak jauh untuk mencapai 85% imuniti kelompok, sudah pasti ia menjadi kegusaran buat seluruh rakyat Malaysia terutama di Negeri Selangor.

Ketika ini jumlah kadar jangkitan Covid-19 di Selangor adalah paling tinggi dengan jumlah keseluruhan 243 ribu kes, malah Kluster kilang dilihat terus menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah pesakit Covid-19 negara.

Bagi tempoh 14 hari ini, mukim Klang merekodkan jumlah tertinggi dengan 3,724 kes manakala diperingkat daerah pula Daerah Petaling sebanyak 8,237 kes direkodkan tertinggi di Selangor.

Manakala jumlah pendaftaran penerimaan Vaksin tertinggi juga adalah Negeri Selangor dengan 3.96 juta pendaftaran di MySejahtera, namun penerima dos pertama hanya 826 ribu sahaja dengan keseluruhan penerimaan vaksin bagi dos 1 dan dos 2 sekitar 1.37 juta orang.

Dengan jumlah kes covid-19 Negeri tertinggi dan penerimaan Vaksin pula yang terendah, maka sudah pasti kredibiliti kerajaan akan terus dipersoalkan samada di pihak Persekutuan ataupun Kerajaan Negeri, malah kehadiran aplikasi Selangkah selain MySejahtera terus menjadi tanda tanya rakyat atas keperluan apa ia dibina.

Keutamaan Kerajaan Negeri dan Persekutuan kini perlu untuk fokus kepada penyelesaian pembekalan vaksin dan keupayaan ia diberikan dengan segera kepada rakyat selangor bukan menuding kesalahan mana-mana pihak. Malah proses mendapatkan vaksin juga perlu seragam serta tidak perlu ada birokrasi sehingga ada yang berbayar untuk dapatkan Vaksin segera.

Ia perlu menjadi objektif bersama demi kelangsungan kehidupan rakyat dalam mencapai sasaran Imuniti Kelompok negara dengan segera seterusnya menurunkan kadar jangkitan Covid-19 dan mengurangkan tahap kegusaran dikalangan rakyat.

Jangkaan penerimaan Vaksin Negara yang tinggi pada bulan Julai nanti perlu diberikan fokus kepada Negeri yang mempunyai jumlah kes covid-19 tertinggi agar kes jangkitan harian dapat diturunkan dengan segera.

Peranan kerajaan negeri ketika ini adalah dengan menumpukan kekuatan seluruh jentera kerajaan dan sukarelawan agar tambahan pembukaan PPV Mega sekitar Selangor terutama di Mukim Klang dan Daerah Petaling dapat dilaksanakan dan seterusnya menawarkan unjuran jumlah keupayaan pemberian Vaksin yang lebih tinggi dari kerajaan pusat.

Terima kasih kepada pihak Mosti dan KKM yang telah beri perhatian khusus buat Negeri Selangor dengan pemberian tambahan vaksin paling tinggi iaitu sebanyak 4,008,710 bagi bulan julai nanti.

Dengan kadar jangkitan kes covid-19 yang tinggi dan jumlah Penerima vaksin yang rendah di Selangor tidak memberi kebaikan buat keseluruhan keseimbangan kesan pelaburan serta ekonomi negara.

Jalan keluar kepada kemelut ini adalah dengan pemberian vaksin segera agar kadar jangkitan Covid-19 dapat diturunkan dan penurunan itu dapat dikawal dengan baik dengan pihak kerajaan negeri menumpukan pemberian vaksin kepada daerah dan mukim atau kawasan paling terjejas dan berisiko tinggi dahulu.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor