Home Berita PAS Selangor

Penyerahan ‘Bakul Makanan’ kepada golongan B40 – DHPP Hulu Langat

107
SHARE

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor

Oleh : DHPP Hulu Langat / Selangor

HULU LANGAT, 14 September – Seramai (40) buah keluarga masyarakat non-muslim telah menerima bantuan ‘Bakul Makanan’ yang rata-rata mereka tinggal di Taman Alam Jaya Batu (9) Cheras, Selangor dibawah Kawasan Hulu Langat yang terjejas akibat Covid-19 dan hilang perkerjaan.

Bantuan tersebut adalah berbentuk 40 kotak berisi barangan dapur dan 40 paket beras. Sumbangan tersebut di serahkan oleh Tuan Haji Mat Jan Sulong selaku YDP PAS Kawasan dan Dato Pannir selaku Ketua DHPP Hulu Langat.

Keluarga-keluarga yang menerima bantuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS & DHPP Hulu Langat atas sumbangan yang disampaikan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor