Home Kenyataan Media PAS Selangor

Memperingati ulangtahun kedua Muafakat Nasional 2019-2021 – BPPN Selangor

5
SHARE

May be an image of text

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA
MUAFAKAT NASIONAL NEGERI SELANGOR

MEMPERINGATI ULANGTAHUN KEDUA MUAFAKAT NASIONAL 2019-2021

DATO DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

TAN SRI NOH BIN OMAR
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor

1. Hari ini genaplah ulangtahun kedua penubuhan Muafakat Nasional dan pemeteraian Piagam Muafakat Nasional antara dua buah parti politik Melayu Islam terbesar dalam negara iaitu UMNO dan PAS yang telah banyak merobah lanskap politik dalam negara termasuk di negeri Selangor pasca PRU 14.

2. Sepanjang dua tahun penubuhannya MN Negeri Selangor telah terus melangkah ke hadapan memperkasakan agenda penyatuan ummah dan telah berjaya menubuhkan kerjasama politik antara kedua parti dipelbagai peringkat sehinggalah ke akar-umbi dengan menggerakkan program dan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang telah mendapat sambutan dan sokongan menggalakkan
dari para penyokong parti serta rakyat Selangor secara amnya.

3. MN Selangor konsisten dalam memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas di negeri ini demi membangunkan watan yang sejahtera sebagaimana dipersetujui dalam Piagam berkenaan. Dan dalam waktu yang sama MN Selangor menerima realiti kepelbagaian agama, kaum dan budaya yang turut dilibatkan bersama demi mencapai kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

4. MN Selangor akan kekal mempertahankan kerajaan “Keluarga Malaysia” di bawah YAB Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dan akan memastikan bahawa jajaran politik perpaduan ummah akan terus menjadi agenda utama dalam menawan kembali negeri Selangor dari tangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum nanti.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengerusi Bersama Muafakat Nasional Negeri Selangor pada hari ini. Selasa 14 September 2021 bersamaan 7 Safar 1443H

14 September 2021 | 7 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor