Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 329 kes positif, 4 kematian baharu

132
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 14 Sept: Sebanyak 329 kes positif dan empat kes kematian baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 329 kes positif baharu tersebut, 309 kes adalah daripada kategori kes tempatan, tiada kes daripada kategori kes import A, sembilan kes daripada kategori kes import B dan 11 kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 161 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 59 kes di Daerah Jasin dan 109 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 403 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 7216 kes masih dirawat dengan 67 kes adalah daripada kes ICU dan 25 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Kes kematian baharu

Menurut JKN Melaka, daripada empat kes kematian baharu direkodkan hari ini, satu kes dikesan di Daerah Alor Gajah melibatkan mangsa lelaki berumur 35 tahun.

Sementara tiga kes lagi dikesan di Daerah Melaka Tengah melibatkan mangsa lelaki berumur 64, 74 dan 75 tahun.

Laporan kluster

Tiada kluster baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini

Laporan seluruh Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 15,669 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan kini sudah melepasi kadar dua juta iaitu sejumlah 2,011,440 kes.

Selangor kembali menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes harian iaitu sejumlah 2,632 kes, diikuti Sarawak dengan 1,983 kes.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.